Tuesday, March 22, 2011

happy birthday fatimah

Fatimah 2 hari
Fatimah 1 year old
Fatimah 2 years old
Assalamualaikum...Alhamdulillah semalam genaplah umur anakanda Fatimah Az-Zahra yang ke 2...terima kasih atas ucapan dan doa dari makcik2 sekalian..hehehe..sekejap jer masa berlalu..fatimah pun membesar dengan sihat dan petah berbicara...Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak2 dunia dan akhirat,InsyaAllah...Semalam kami buat party kecil-kecilan utk family...Alhamdulillah....

Thursday, March 10, 2011

Mencari Ilmu


Sabda Nabi s.a.w.:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (أبو داود وابن ماجه)

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat kelak."

( Abu Daud dan Ibnu Majah)

Assalamualaikum....
Sesungguhnyer niatkanlah menuntut ilmu itu kerana Allah...Walaupun apa jua ilmu yang kita belajar niat adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah..Sambil minum2 pagi bersama suami dan anak2 sempat juga dititipkan nasihat buat kami..Alhamdulillah..kadang2 kesian dan simpati melihat wajah suami yang keletihan memerah otak dari pagi..tapi Alhamdulillah sekurang2nyer tahu dia masih ingat dan tahu tujuan hidup dan perjalanan menuju Illahi...sesungguhnyer cabaran dalam membuat Phd turut dirasai tempiasnyer oleh keluarga especially isterilah...InsyaAllah, hanya mampu berdoa pada Allah memudahkan urusan dan membantu menguruskan rumahtangga setakat yang mampu...Gambattene otousan!

Thursday, March 3, 2011

ELC

Assalamualaikum..
Sekarang kami sedang mengumpul buku2 dan juga alat permainan ELC(Early Learning Center)semua alat bantuan mengajar melalui permainan ni membantu anak2 mengembangkan minda dan kreatif...Di sini ada kedai2 khusus menjual permainan sebegini dan selalunyer kami p cari kat carboot lah..of course lg murah(second hand)ada beberapa lagi barangan ELC tapi yang paling anak2 suka blocks kayu2 nih...tgk model tu tgh menyusun blocks..Alhamdulillah Fatimah dah mengenal bentuk dan beberapa color.Di sekolah juga every Tuesday ada Toys Library so ,Huzaifah &Ubaidah boleh pinjam/sewa mainan utk dibawa pulang selama seminggu..(bayar cuma 20p lebih kurang RM1 jer).Idea nih sangat bagus especially keluarga yg x mampu nak beli mainan mahal2 ataupon anak yg cepat jemu,so mainan boleh tukar every week !





Fatimah:"Mama Look!same...."

Monday, February 28, 2011

Zoo Bristol







Assalamualaikum.........
Alhamdulillah cuti kali ni baba berpeluang membawa kami ke Zoo Bristol.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit...Alhamdulillah cuaca sangat2 baik walaupun pada mulanyer hujan renyai2.Kami sampai lebih kurang pkl 11.30 pagi hingga zoo tutup 5 ptg..hehehh really enjoyed!!!!! especially aisyah and ubaidah and of course mak teh!lepas merayau2 dan solat zohor baba bagi bonus untuk main zooRopia...memang idaman kak long dan ngah sebab dia orang suka aktiviti lasak...Alhamdulillah .

projek lagi


Assalamualaikum..
siaran tertunggak lagi..hehehh sibuk memanjang..maklumlah cuti sekolah....ini projek masa cuti sekolah...we're really enjoyed!Ambil dari buku library yang dipinjam,sambil bercerita kami buatkan craft utk karektornyer..Actually untuk cuti seminggu ni awal2 lagi baba dah bawa kami ke library city centre utk pinjam buku..Memang dah tau anak2 nyer ulat buku so,kami pinjam 40 buku!tu kira sikitlah tu sbb tak larat nak angkut banyak2 jalan kaki...tak sampai sehari boleh habiskan 70%buku.....makan pon pegang buku...so hari khamis tu kena p pinjam lagi....huhuhuu sebab tu lah anak2 mama semuanyer berkaca mata!tapi tu jer aktiviti yang boleh dibuat sejuk2 nih...hehehe







cantikkan kami buat..hehehehhe!

Tuesday, February 22, 2011

InsyaAllah

Assalamualaikum....
Alhamdulillah pagi ni dapat ajar anak2 konsep "InsyaAllah "dalam setiap tindakan yang akan kita ambil...sesungguhnya manusia tidak mempunyai sebarang kekuatan dan kuasa dalam menentukan apa yang akan berlaku pada masa hadapan...sesungguhnyer kita hanya mampu merancang,tapi Allah yang menentukan.
kisah kali ni The two Men and The Garden...di petik dari Al-Quran surah Kahfi ayat 32.....boleh rujuk di sini... aisyah dan ubaidah kena mengarang perbualan yang memerlukan penggunaan InsyaAllah dan seperti biasa huzaifah hanya melukis..hehhehehe..

Monday, February 21, 2011

cuti lagi!



Assalamuakim... Cuti sekolah datang lagi...selama seminggu anak2 akan menghabiskan masa di rumah...heheheeh.memang riuh sekampung..sejak subuh semua sudah bangun..seperti biasa bila cuti mama kena ambil alih jadi cikgu plak...banyak website2 menarik yang boleh digunakan untuk dijadikan bahan mengajar dan lebih mencabar umur masing2 berbeza-beza..so kena terangkan dgn cara yang berbeza.Ini website menarik utk dikongsi http://www.islamweb.net..sambil bercerita ,buatkan aktiviti utk mereka....nanti kita kongsikan hasil nyer....
Alhamdulillah..inilah hasilnyer...!kisah kali ini..the poor man,the man ang the dog dan nayid tentang bees dan ciptaan2 Allah.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails